
Konflik Asia Barat : Kerajaan belum buat keputusan untuk kurangkan subsidi
Kerajaan masih belum buat keputusan untuk kurangkan subsidi walaupun ketidaktentuan ekonomi global meningkat susulan konflik di Asia Barat.
Menurut MITI, kerajaan ketika ini masih mampu tampung kesan peningkatan kos yang berpunca daripada ketegangan geopolitik sekurang-kurangnya dalam tempoh beberapa bulan.
Tambah beliau, konflik yang berlaku ketika ini bukan sahaja menimbulkan kebimbangan di Malaysia, malah turut meresahkan banyak negara lain di seluruh dunia