Pemandu bas ekspres dan kenalan wanitanya yang viral baru-baru ini kerana memandu sambil meriba direman empat hari.
Kedua-dua suspek telah tampil beri keterangan semalam susulan video viral memaparkan bas ekspres itu dipercayai dalam perjalanan dari TBS menuju ke Kulai, Johor.
Susulan itu, syarikat bas berkenaan dilapor telah menamatkan perkhidmatan pemandu terbabit.
__
Persembahan teater melibatkan universiti tempatan yang terpalit kontroversi semalam didapati tidak selaras dengan skrip asal dipertandingkan.
Hasil penelitian mendapati adegan dipertontonkan adalah tidak selaras dengan skrip asal yang melalui proses tapisan dan jelas melanggar syarat pertandingan ditetapkan.
Pihak universiti telah meminta maaf atas segala kebimbangan dibangkitkan dan akan memastikan perkara seumpama tidak berulang pada masa hadapan.
__
Dan, Kementerian Kewangan menetapkan harga baharu diesel di Semenanjung turun 75 sen kepada RM5.97 seliter berkuat kuasa hari ini sehingga 22 April.
Manakala, harga RON97 dan RON95 tanpa subsidi turut diturunkan masing-masing sebanyak 25 sen bagi tempoh sama.