Skip to main content
Hari Raya Aidilfitri: Jangan Abai Kesihatan Selepas Sebulan Puasa

Syawal bukan bulan untuk membalas dendam makan selepas sebulan berpuSyawal bukan bulan untuk membalas dendam makan selepas sebulan berpuasa.

Pegawai Sains Pemakanan, Fara Wahida Rezali berkata masyarakat khususnya umat Islam perlu berhati-hati dan mengawal nafsu makan ketika musim raya.

Ini kerana budaya mencuba semua hidangan secara berlebihan, berisiko menyebabkan gangguan sistem penghadaman termasuk pedih ulu hati.

“Jadi masa puasa, sistem pencernaan kita, metabolisme badan kita dan paras gula dalam darah kita ini sebenarnya dah dalam keadaan yang lagi stabil. Sebab makanan yang kita ambil selama sebulan ini teratur dan dalam jumlah yang terkawal. Tapi bila tiba-tiba hari raya, ramai dah yang terjebak dengan makan secara berlebihan, makan makanan yang berlemak, banyak minum air-air manis. Jadi perubahan yang mendadak ini, dia boleh bagi kejutan dekat badan kita.”

Tambahnya, orang ramai perlu memilih hidangan utama dan memastikan pengambilan air mencukupi untuk membantu pencernaan.

Dalam pada itu, menikmati juadah raya tidak bermakna kita boleh mengabaikan kesihatan.

Fara Wahida berkata langkah-langkah praktikal boleh diamalkan di mana-mana majlis kenduri, rumah terbuka atau ketika memilih juadah bufet.

“Cara yang paling mudah untuk kita nak nikmati juadah raya kita tanpa kita abaikan kawalan kalori dan juga keseimbangan nutrien adalah bila kita ikut konsep pinggan sihat Malaysia, suku-suku separuh. So bukan hari biasa sahaja, hari raya pun kita boleh amalkan konsep pinggan sihat Malaysia ini. Suku pinggan kita untuk karbohidrat, suku pinggan untuk protein dan separuh pinggan kita untuk sayur dan buah.”

Jelasnya, dengan pendekatan ini, masyarakat tetap boleh menikmati juadah raya secara sihat tanpa membebankan tubuh.

Sementara itu, tubuh badan kita juga memerlukan penyesuaian selepas sebulan berpuasa.

Menurut Fara Wahida, perubahan dalam pola makan ketika raya boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang mendadak.

“Untuk kita kawal pengambilan makanan secara berhemah masa hari raya adalah kunyah makanan perlahan-lahan dan elakkan makan secara gelojoh. Ingat 20 minutes rule. Sebab badan kita sebenarnya dia ambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit untuk hantar isyarat kenyang dekat otak kita. Jadi kalau kita makan terlalu cepat, so kita mungkin akan tambah lagi makanan walaupun sebenarnya dah cukup.”

Tegasnya, masyarakat perlu mengambil hidangan dengan terkawal dan teratur untuk kekal sihat dan ideal sepanjang tempoh beraya.

Fara Wahida menjelaskan perkara ini untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa Syawal adalah waktu untuk meraikan, bukan membalas dendam makan.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda