
BERITA| Yang di-Pertuan Agong Zahir Keprihatinan Terhadap Murid Ekoran Jerebu
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar sekolah ekoran jerebu yang melanda negara ketika ini.
Sultan Ibrahim bertitah menasihatkan supaya sekolah di kawasan-kawasan yang terjejas ditutup berikutan tahap IPU yang secara berpanjangan catat bacaan antara 150 hingga 180.
Titah baginda lagi, aspek kesihatan dan keselamatan murid serta pelajar perlu diberi keutamaan, selain meminta KPM beri perhatian serius terhadap perkara berkenaan.
Terdahulu, Johor umum penutupan sekolah selama 2 hari mulai hari ini susulan jerebu dan kemerosotan kualiti udara di seluruh negeri.
Ketika ini 38 kawasan catat IPU tidak sihat melibatkan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Putrajaya, Pahang, Terengganu, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.