Orang ramai khususnya di Utara Semenanjung diminta waspada dengan cuaca panas.
Ini selepas sejumlah kawasan di Perlis, Kedah dan Perak mencatatkan gelombang haba tahap dua dengan suhu maksimum harian boleh mencecah 40 darjah Celsius.
Masyarakat boleh mengakses maklumat terkini cuaca panas di semua platform media rasmi MET Malaysia dan aplikasi MyCuaca.
.....
Kementerian Kesihatan laksana semula HSOP di Hospital Kuala Lumpur bagi mengurangkan kesesakan dan tempoh menunggu pesakit yang perlu MRI.
Pihaknya memaklumkan program itu berjaya mengurangkan masa menunggu pesakit sebanyak 33 peratus pada tahun lalu, daripada 24 minggu kepada 16 minggu.
.....
PERHILITAN nafi dakwaan kononnya menjual 19 ekor gajah kepada pihak tertentu seperti yang tular melalui media sosial baru-baru ini.
Pihaknya berkata gajah itu tidak dijual sebaliknya pemindahan secara pinjaman bagi tujuan konservasi dan pengurusan hidupan liar secara berterusan.
.....
Dua wakil Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Wangsa Maju diarah letak jawatan serta-merta susulan video tular berkaitan dakwaan minta wang perlindungan.
.....
Dan polis tahan seorang lelaki yang dipercayai menampar seorang pelajar dalam satu insiden di premis makanan di Stesen LRT Pasar Seni.