Usaha pembenihan awan di selatan Semenanjung, khususnya di Melaka akan dipertingkatkan melalui beberapa siri percubaan.
Timbalan Perdana Menteri berkata percubaan dilaksanakan di Melaka kurang memberangsangkan berikutan faktor pergerakan angin yang menyebabkan awan tidak berada tepat di kawasan sasaran.
Tambah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, susulan itu pihak berkaitan akan melaksanakan percubaan kali kedua dan ketiga bagi meningkatkan jumlah taburan hujan, sekali gus bantu menambah bekalan air di Melaka.
__
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik mengarahkan semua kontinjen negeri melipatgandakan operasi babitkan pemandu mabuk.
Pengarah JSPT berkata keutamaan diberikan pada malam minggu bagi membendung peningkatan risiko kemalangan.
Terdahulu, Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi menyarankan supaya undang-undang berkaitan kesalahan kemalangan jalan raya dinilai semula agar hukuman lebih berat dan beri kesan pencegahan.
__
Dan, kes kemalangan maut catat peningkatan sebanyak 17 peratus sepanjang pelaksanaan Op Selamat 25 dan 26 sempena perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri.
Ketua Polis Negara berkata sebanyak 90 kes kemalangan maut direkodkan berbanding 77 kes sebelum ini, sekali gus menunjukkan trend membimbangkan.