Skip to main content
BERITA| Turunkan harga minyak, siapa hendak bayar? - PM Anwar

 

Kerajaan tidak boleh menurunkan harga minyak sewenang-wenangnya, mengambil kira negara ketika ini menanggung subsidi petrol dan diesel berjumlah RM40 bilion setahun.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyifatkan dakwaan segelintir pihak bahawa harga petrol boleh diturunkan hingga 50 sen seliter adalah tidak realistik.

 

Jelasnya, Malaysia masih mengimport hampir 50 peratus keperluan petroleum negara, namun kerajaan tetap mampu mengekalkan harga petrol bersubsidi pada kadar RM1.90 seliter.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda