
Rakyat Malaysia tidak dibenarkan guna MyKad orang lain, termasuk ahli keluarga, untuk beli bahan api bersubsidi.
Jabatan Pendaftaran Negara berkata tindakan tegas boleh dikenakan terhadap individu terlibat aktiviti penyalahgunaan subsidi kerajaan.
Terdahulu, seorang lelaki ditahan kerana menggunakan empat kad pengenalan untuk membeli lebih 100 liter petrol RON95.
__
Semua kampus IPG di seluruh negara diarah hentikan serta-merta aktiviti lasak dan aktiviti air.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata ia susulan tragedi kematian dua pelajar IPG kampus Perlis yang lemas ketika jalani aktiviti berkayak di Pantai Merdeka.
Tambahnya, siasatan dalaman kementerian juga telah dimulakan bagi meneliti semua aspek termasuk prosedur pelaksanaan aktiviti yang terlibat.
__
Dan, pemandu e-hailing yang viral kerana memandu kereta secara melawan arus di Jalan Klang Lama, KL dipenjara tiga hari dan didenda RM6,000.
Tertuduh dipercayai memandu sejauh kira-kira 50 meter secara melawan arus kerana tersalah jalan ketika menuju ke Mid Valley.