Skip to main content
BERITA| Tiada Perbincangan Untuk Kurangkan Kuota BUDI95

 

BERITA| Tiada Perbincangan Untuk Kurangkan Kuota BUDI95

Tiada perbincangan dibuat setakat ini mengenai cadangan untuk kurangkan kuota subsidi petrol RON95 menerusi program BUDI95. 

Sebaliknya Menteri Ekonomi berkata tumpuan kerajaan ketika ini adalah memastikan mekanisme subsidi sedia ada kekal berfungsi secara berkesan. 

Tambah Akmal Nasrullah Mohd Nasir, sebarang perubahan dasar berkaitan subsidi bahan api akan diumumkan secara rasmi selepas dimuktamadkan kerajaan.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda