Orang ramai sekali lagi diingatkan supaya tidak guna gambar yang dijana atau diubah suai dengan teknologi AI bagi permohonan pasport Malaysia.
Menurut Jabatan Imigresen, penggunaan gambar atau maklumat palsu boleh menyebabkan permohonan ditolak dan dikenakan tindakan di bawah Akta Pasport 1966.
Pihaknya menegaskan pemohon perlu memastikan gambar yang dihantar adalah foto asli, jelas dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan imigresen.
.....
Timbalan Perdana Menteri memaklumkan TVET kini semakin mendapat perhatian generasi muda susulan peningkatan enrolmen dan kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan komited memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional sebagai pemacu pembangunan modal insan negara.
.....
Polis Sabah menahan 7 pelajar sekolah menengah bagi membantu siasatan kes pelajar perempuan dibelasah yang videonya tular di media sosial baru-baru ini.
Pihaknya berkata tangkapan membabitkan enam pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki yang dipercayai merakam kejadian tersebut.
.....
MetMalaysia memaklumkan Kampar dan Kuala Kangsar di Perak serta Machang di Kelantan merekodkan cuaca panas tahap berjaga-jaga.
.....
Akhir sekali, Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda sejumlah kawasan di Perlis, Kedah, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak pagi ini.