
BERITA| Syed Saddiq Kekal Bebas
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kekal dibebaskan atas 4 kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Armada.
Ini selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pihak pendakwaan dengan majoriti 2-1.
Panel 2 hakim mendapati tidak ada kesilapan undang-undang atau prosedur yang boleh dijadikan alasan untuk merayu keputusan mahkamah.
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk ketepikan sabitan dan hukuman 7 penjara tahun, 2 sebatan serta denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.