Skip to main content
BERITA| SPR Puas Hati Proses Pengundian PRN Johor

 

BERITA| SPR Puas Hati Proses Pengundian PRN Johor

SPR berpuas hati dengan keseluruhan proses pengundian PRN Johor ke-16 semalam. 

Jelasnya, lebih 68 peratus pengundi telah tunaikan tanggungjawab mereka meliputi pengundi awal, pengundi pos dan pengundi biasa. 

SPR juga akan teliti lebih terperinci tindakan segelintir individu muat naik gambar kertas undi yang telah dipangkah ke media sosial supaya ia tidak berulang pada pilihan raya akan datang. 

PRN Johor semalam menyaksikan Barisan Nasional memenangi 48 daripada 56 kerusi sekaligus menguasai majoriti dua pertiga DUN. 

Baki 8 lagi kerusi dimenangi oleh Pakatan Harapan dan ini bemakna Perikatan Nasional, Muda, Bersama, PSM, ASLI serta 6 lagi calon bebas gagal memenangi sebarang kerusi. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda