Skip to main content
BERITA| SPR Ambil Maklum Pembubaran DUN Johor

 

BERITA| SPR Ambil Maklum Pembubaran DUN Johor

SPR ambil maklum pengumuman oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengenai pembubaran DUN Johor Ke-15.

Susulan itu pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Johor sebaik terima pemakluman rasmi pembubaran itu daripada Speaker Dewan Negeri Johor.

Semalam, Menteri Besar Johor umum pembubaran DUN selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Sementara itu, Pakatan Harapan sudah bersiap sedia bagi hadapi PRN Johor dengan tidak memandang mudah cabaran pilihan raya yang bakal dihadapi kali ini.

Pengerusi Perikatan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula sahkan mereka bersedia untuk hadapi PRN Johor dengan penuh tanggungjawab, matang dan professional

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda