
Keputusan SPM 2025 catat pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42, berbanding 4.49 pada 2024.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata ia sekali gus merekodkan pencapaian terbaik sejak format terbaharu diperkenalkan pada 2021.
Lebih 366,000 calon SPM 2025 layak diberikan sijil, meningkat 0.28 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Manakala, hampir 13,800 calon memperoleh kombinasi gred A+, A dan A- bagi semua mata pelajaran kurang 28 calon dari 2024.
__
Sementara itu, sebanyak 63 mata pelajaran menunjukkan peningkatan manakala tiga lagi tidak berubah berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran dalam analisis keputusan SPM 2025.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Pendidikan Islam menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 0.79 mata, manakala Bahasa Melayu pula menurun sebanyak 0.13 mata.
__
Dan, jumlah calon yang tidak hadir duduki peperiksaan SPM 2025 menurun kepada kira-kira 7,000 orang berbanding lebih 8,100 pada 2024.
Ketua Pengarah Pendidikan berkata penurunan 0.39 mata peratusan itu mencerminkan trend positif dalam penyertaan pelajar.