
BERITA| Sidang Khas Dewan Rakyat Bahas Laporan RCI TH 11 Ogos Ini
Sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 11 Ogos ini bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja, RCI berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji.
Menurut Perdana Menteri cadangan untuk mengadakan sidang khas berkenaan juga telah dipersetujui oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Sementara itu, kerajaan akan mempercepat pelaksanaan baki 25 peratus syor Suruhanjaya Siasatan Diraja, RCI berhubung Lembaga Tabung Haji yang masih belum dilaksanakan.
Menteri Hal Ehwal Agama Dr. Zulkifli Hasan berkata kerajaan sentiasa terbuka dan sedia melakukan perubahan selain melihat syor-syor berkenaan sebagai peluang untuk memperkukuh institusi berkenaan.