Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di terminal 1 KLIA, bulan lalu.
Mahkamah membenarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 25 November untuk sebutan semula kes, serta penyerahan dokumen.
Dalam pada itu, peguam yang mewakili Mohd Shuhaily memaklumkan Ketua Pengarah AKPS itu akan terus jalankan tugas seperti biasa.
Jelasnya, sebarang keputusan berkaitan kedudukan beliau, tertakluk kepada proses pentadbiran dan peruntukan daripada KDN atau JPA.