
BERITA| Semua Sekolah, Tadika & Taska Di Batu Pahat Ditutup Ekoran Jerebu
Semua sekolah, tadika dan taska di Batu Pahat, Johor diarahkan tutup mulai hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berkata ia susulan bacaan IPU sangat tidak sihat melebihi paras 200 di Batu Pahat malam tadi.
Penutupan itu dibuat selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan garis panduan KPM bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah terpelihara.
Jerebu semakin buruk menyaksikan 33 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini.
Ia melibatkan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Putrajaya, Pahang, Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak.