Skip to main content
BERITA| Semua Sekolah Di Johor Kekal Tutup Hingga Jumaat Ekoran Jerebu

 

BERITA| Semua Sekolah Di Johor Kekal Tutup Hingga Jumaat Ekoran Jerebu

Semua sekolah dan institusi pendidikan di negeri Johor kekal ditutup hingga Jumaat ini ekoran jerebu. 

Menurut kerajaan negeri, ia susulan laporan pemantauan menunjukkan bacaan IPU masih kekal pada paras membimbangkan tanpa perubahan ketara. 

Langkah itu juga bagi menjunjung titah Pemangku Sultan Johor yang sentiasa menitikberatkan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat. 

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat maklumkan tiada taska yang diarah tutup setakat ini susulan jerebu. 

Namun, semua aktiviti luar perlu dihentikan bagi mengurangkan pendedahan kanak-kanak kepada udara tercemar.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda