Skip to main content
BERITA| Remaja Lelaki Bebas Tuduhan Bunuh Ekoran Tidak Waras

 

BERITA| Remaja Lelaki Bebas Tuduhan Bunuh Ekoran Tidak Waras

Remaja lelaki berusia 15 tahun dibebaskan daripada tuduhan membunuh pelajar perempuan dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, tahun lalu. 

Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan perkara itu selepas mendapati pembelaan berjaya membuktikan elemen ketidakwarasan remaja tersebut ketika kejadian. 

Pakar psikiatri dari Hospital Bahagia Ulu Kinta turut mengesahkan remaja berkenaan alami skizofrenia. 

Remaja itu akan dihantar ke hospital psikiatri untuk jalani rawatan sebelum penilaian lanjut dibuat mengenai tahap kesediaannya untuk kembali ke masyarakat. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda