Skip to main content
BERITA| Rakyat diseru berjimat guna tenaga - Amir Hamzah

 

Rakyat Malaysia diseru mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana sebagai usaha bersama hadapi tekanan krisis tenaga global. 

 

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata situasi semasa menuntut semua bekerjasama dalam mengurus penggunaan sumber air dan bahan api secara lebih berhemah.  

 

Beliau berkata demikian dalam Taklimat Krisis Tenaga Global sebentar tadi. 

__

 

Sementara itu, Perdana Menteri beri jaminan bekalan bahan api bagi bulan ini dan Mei berada dalam keadaan terkawal. 

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata enam daripada tujuh kapal Malaysia berjaya belayar melepasi Selat Hormuz dan kini dalam perjalanan bawa bekalan minyak mentah ke tanah air.  

__

 

Dan, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat pembelian panik untuk menyimpan bekalan ubat. 

 

Menteri Kesihatan beri jaminan bekalan ubat di negara ini kekal stabil dan mencukupi hingga penghujung Jun biarpun berlaku ketidaktentuan global ketika ini. 

 

Tambah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pihak kementerian turut menyediakan langkah mitigasi bagi memastikan kelangsungan bekalan. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda