Skip to main content
BERITA| Pulau Pinang Catat Kes Kematian Pertama Akibat Cuaca Panas

 

BERITA| Pulau Pinang Catat Kes Kematian Pertama Akibat Cuaca Panas

Pulau Pinang merekodkan kes pertama meninggal dunia akibat cuaca panas tahun ini.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri, seorang lelaki meninggal dunia disebabkan strok haba pada 26 April lalu selepas mangsa menyertai acara larian sejauh 30 kilometer di Georgetown.

Pihaknya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan kesihatan diri serta keadaan cuaca semasa.

Orang ramai turut dinasihatkan ambil langkah pencegahan ekoran cuaca panas antaranya elakkan pendedahan berpanjangan di luar dan minum air kosong secukupnya untuk kekal terhidrat.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda