Skip to main content
BERITA| Program AI Untuk Rakyat Dibuka 31 Ogos

 

BERITA| Program AI Untuk Rakyat Dibuka 31 Ogos

Program AI Untuk Rakyat akan dibuka buat golongan belia di Malaysia bermula 31 Ogos ini. 

Menurut Perdana Menteri, program yang tawarkan akses dan langganan perisiaan Al secara percuma selama 3 bulan itu dijangka dapat beri manfaat kepada kira-kira 100,000 belia. 

Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudahan itu bagaimanapun diberikan kepada peserta yang melengkapkan modul latihan khas berkaitan AI dalam tempoh ditetapkan. 

Dalam pada itu, Menteri Digital berkata kerajaan masih dalam perbincangan dengan pihak berkaitan berhubung aplikasi AI yang akan ditawarkan di bawah program berkenaan.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda