Skip to main content
BERITA| Polis kekal mahu vape diharamkan segera

PDRM tetap dengan pendirian menyokong pengharaman vape secara menyeluruh di negara ini. 

 

Timbalan Ketua Polis Negara berkata ia susulan kemunculan dadah sintetik baharu dikenali sebagai 'Piu Piu' dikesan dicampurkan dalam cecair rokok elektronik. 

 

Bagaimanapun katanya, PDRM tidak mempunyai kuasa mutlak kerana ia turut melibatkan bidang kuasa kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan.  

 

Sehubungan itu, pihaknya akan terus laksana pemantauan dan operasi berskala besar, termasuk ke atas premis jualan vape bagi menyekat penularan dadah terbaharu berkenaan. 

__ 

 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat gesa kerajaan negeri menaikkan had umur minimum perkahwinan bagi orang Islam kepada 18 tahun. 

 

Menterinya berkata beliau berharap lebih banyak negeri mengikut langkah Selangor dan Kedah yang sudah meminda undang-undang berkaitan. 

__ 

 

Dan, semua kaunter perkhidmatan bayaran caruman KWSP di cawangan seluruh negara akan ditutup mulai 1 Julai ini. 

 

KWSP berkata ia sebagai sebahagian daripada usaha bagi menyokong sistem pembayaran caruman kepada saluran digital.  

 

Bagaimanapun, kaunter perkhidmatan lain kekal beroperasi seperti biasa. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda