Perdana Menteri mengarahkan Program Jualan Rahmah MADANI, PJRM dilaksana di semua kawasan DUN pada setiap minggu, dan jumlah program itu ditambah kepada 30,000.
Ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia bagi bantu rakyat mendapatkan barangan dengan harga lebih murah, ketika negara berdepan kenaikan harga barangan akibat krisis global.
Melalui langkah itu, rakyat boleh beli barangan sehingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran, di samping dapat kepastian mengenai lokasi hari dan jadual jualan PJRM.
__
Pemandu van yang melanggar murid perempuan di hadapan sebuah sekolah di Batu Pahat, Johor semalam, direman tiga hari untuk siasatan.
Lelaki itu disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan.
Dalam kejadian tersebut, mangsa diberitakan cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
__
Dan, AI dijangka menyumbang antara RM13 bilion hingga RM20 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK setiap tahun menjelang 2030.
Menurut Kementerian Digital, teknologi itu digunakan secara meluas merentas sektor termasuk kesihatan, pendidikan, pertanian dan pentadbiran.
Tambahnya, ekonomi digital yang semakin diperkasakan oleh AI telah menyumbang lebih 23 peratus kepada KDNK tahun lalu, dengan nilai ekonomi mencecah lebih RM450 bilion.