Skip to main content
BERITA| PM Anwar arah KPKM segera sediakan langkah mitigasi hadapi Super El Nino

 

Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan segera sedia langkah bagi hadapi fenomena Super El Nino yang diramal melanda bermula November ini.

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia penting bagi kurangkan impak fenomena berkenaan terhadap pengeluaran makanan negara, selain memastikan komuniti petani terus dilindungi. 

 

Menurut beliau, perkara itu antara yang dibincangkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keterjaminan Makanan Negara semalam.

 

Mesyuarat itu turut membincangkan isu kerjasama sektor perikanan dengan Kerajaan Thailand.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda