
BERITA| Permohonan Pengampunan Datuk Seri Najib Ditangguhkan
Permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan nanti.
Perkara itu dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri susulan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan hari ini.
Dalam mesyuarat sama, Seri Paduka Baginda turut berkenan membebaskan 65 banduan.