Jabatan Pendaftaran Negara beri jaminan peralihan kepada MyKad Struktur Baharu yang bermula bulan depan tidak akan menjejaskan penyaluran bantuan kerajaan kepada rakyat.
Jelasnya, bantuan menggunakan MyKad seperti SARA dan BUDI95 akan terus dapat ditebus seperti biasa.
Bagi memastikan kelancaran fasa transisi itu, JPN juga telah jalin kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi penyalur bantuan.
__
PDRM beri amaran ancaman keselamatan moden termasuk jenayah siber, penipuan dalam talian dan jenayah rentas sempadan kini semakin kompleks.
Justeru tegas Ketua Polis Negara, ia perlu kerjasama strategik pelbagai pihak bagi tanganinya secara berkesan kerana modus operandi sindiket semakin sofistikated.
Sebagai makluman, jumlah kerugian akibat penipuan dalam talian di Malaysia sahaja telah mencecah RM2.7 bilion pada tahun lalu.
__
Dan, orang ramai dinasihat sentiasa peka dengan perkembangan cuaca semasa susulan negara dijangka memasuki fasa Monsun Barat Daya bermula hari ini hingga September.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia lazimnya membawa taburan hujan lebih rendah selain cuaca lebih panas dan kering di kebanyakan kawasan.
Namun ujar beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, hujan lebat, angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku di beberapa kawasan tertentu.