
BERITA| Pentadbir Sekolah Perlu Segera Ambil Tindakan Kes Salah Laku Seksual
Kementerian Pendidikan ingatkan pentadbir sekolah supaya ambil tindakan tegas segera sebaik terima aduan salah laku khususnya melibatkan gangguan seksual terhadap murid.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata kes sedemikian tidak boleh dipandang ringan atau dibiarkan hingga menjadi tular sebelum tindakan diambil.
Orang ramai yang ada maklumat mengenai gangguan seksual kanak-kanak juga diingatkan buat laporan terus kepada pihak berkuasa bukan sekadar sebarkannya di media sosial.
Beliau mengulas dakwaan kononnya tindakan terhadap satu kes babitkan seorang guru dan murid di Lawas, Sarawak hanya diambil selepas perkara itu tular di media sosial.
Dalam perkembangan lain, KPM sedang siasat kes murid tahun 6 sebuah sekolah di Perlis yang didakwa dibuli rakan sehingga alami kecederaan serius dan berdepan gangguan stres pascatrauma.
Insiden seorang guru disiplin di Perak yang didakwa diserang sekumpulan pelajar kerana menegur berkaitan rambut panjang turut dalam perhatian KPM.