
BERITA| Penjawat Awam Digalakkan Pakai Baju Batik Setiap Hari Bekerja
Penjawat awam digalakkan pakai baju batik setiap hari bekerja sebagai alternatif kepada pakaian pejabat.
Jelas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, ia susulan langkah menyelaras suhu penyaman udara kepada minimum 24 darjah Celsius bagi penjimatan tenaga.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri berkata penggunaan tenaga di bangunan kerajaan akan diperketat termasuk menetapkan suhu penyaman udara minimum 24 darjah Celsius.
Ia sebagai komitmen kerajaan untuk gunakan tenaga secara berhemat dalam mendepani krisis tenaga global.
Sebagai rekod, bermula 15 April ini penjawat awam persekutuan dibenarkan bekerja dari rumah tertakluk kepada beberapa syarat antaranya jarak perjalanan ke pejabat lebih 8 kilometer.