Pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa versi baharu bermula 1 Jun ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata langkah terbabit diambil bagi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Tambah beliau, orang ramai masih boleh memperbaharui pasport sedia ada seperti biasa dan pasport yang masih sah boleh terus digunakan.
......
Remaja perempuan yang dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di Hulu Selangor sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.
Bomba Selangor memaklumkan remaja itu ditemukan di luar laluan mendaki dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.
......
Menteri Agama, Dr Zulkifli Hasan berkata pihaknya menerima pelbagai pandangan daripada jemaah haji Malaysia berkenaan operasi haji kali ini.
Tambah beliau, segala cadangan terbabit akan diberi perhatian bagi memastikan perkhidmatan dan kebajikan jemaah terus dipertingkatkan pada masa hadapan.
......
Sementara itu, kira-kira 2,000 anggota JPJ akan digerakkan di seluruh negara sempena operasi khas musim perayaan bagi memantau keselamatan pengguna jalan raya.
......
Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda sejumlah kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, KL, Labuan, Sabah dan Sarawak petang ini.
......
Dan filem aksi tempatan Tarung: Unforgiven berjaya mencatat kutipan RM20.3 juta sepanjang tayangannya sejak 7 Mei lalu di pawagam seluruh negara.