Skip to main content
BERITA| Penganjuran F1 GP Bahrain Di Sepang Tidak Dikenakan Yuran Pendaftaran

 

BERITA| Penganjuran F1 GP Bahrain Di Sepang Tidak Dikenakan Yuran Pendaftaran

Penganjuran semula perlumbaan F1 di negara ini tidak dikenakan bayaran yuran pendaftaran kepada Persekutuan Automobil Antarabangsa. 

Sebaliknya jelas Perdana Menteri, kerajaan hanya perlu tanggung kos baik pulih Litar Antarabangsa Sepang sekitar RM16 juta bagi memenuhi spesifikasi perlumbaan sukan permotoran itu. 

Tambah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yuran pendaftaran cecah ratusan juta ringgit sebelum ini telah dihapuskan. 

Ia sekaligus membolehkan Malaysia kembali menganjurkan perlumbaan itu dengan kos yang jauh lebih rendah.

Malaysia akan jadi tuan rumah bagi GP Bahrain, Oktober ini, selepas pusingan Bahrain yang sepatutnya diadakan pada April lalu dibatalkan ekoran konflik di Asia Barat.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda