Skip to main content
BERITA| Pemandu van persiaran positif dadah direman 7 hari

 

Pemandu van persiaran yang disahkan positif dadah selepas terbabit nahas di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Alor Gajah semalam, kini direman tujuh hari. 
 

Ia bagi bantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan.

 

Semalam, sebuah van membawa lapan warga India dari Kuala Lumpur menuju Melaka terbabas, menyebabkan tiga daripada mereka cedera ringan.

__

 

Kerajaan pergiat pelbagai langkah sokongan bagi bantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana, PMKS yang terkesan akibat krisis bekalan global. 

 

Menurut Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, MTEN telah memutuskan beberapa pendekatan penting termasuk penstrukturan semula pembayaran pinjaman. 

 

Ia bagi memastikan aliran tunai usahawan kekal stabil dan langkah itu turut melibatkan semua agensi berkaitan dalam menyediakan intervensi bersesuaian kepada usahawan dan koperasi.

__

 

Dan, Malaysia kekal komited untuk terus menyokong dan melaksanakan Misi Global Sumud Flotila, GSF 2.0!

 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata sokongan terhadap misi kemanusiaan itu bukan sahaja tidak terjejas, malah diperkukuh sebagai tanda menghargai pengorbanan aktivis.

 

Beliau yang juga Menteri Penaung Misi GSF turut sahkan 10 rakyat Malaysia yang ditahan sebelum ini berada dalam keadaan stabil di Turkiye dan akan meneruskan misi mereka.

 

Pusat Kawalan Sumud Nusantara turut lancar countdown bagi memulakan gelombang "Break the Silence" dan "Break the Siege" sebagai usaha menyatukan solidariti global bagi mendesak pembebasan Gaza.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda