Skip to main content
BERITA| Pemandu berhebah bakal nikmati rebat premium insuran sehingga 10 peratus – Loke

 

Pemandu yang dinilai berhemah akan menerima rebat premium sehingga 10 peratus ketika memperbaharui insurans menerusi aplikasi MyJPJ. 

 

Kementerian Pengangkutan berkata penilaian hanya melibatkan data JPJ yang diintegrasikan dengan PDRM manakala saman dikeluarkan PBT tidak diambil kira buat masa ini. 

__ 

 

KDN akan teliti keperluan sedia kemudahan khas untuk pengundi di Johor yang bekerja di Singapura pulang mengundi, termasuk mungkin buka laluan khas di pintu masuk laluan darat.  

Menteri Dalam Negeri berkata, perkara itu akan dibincangkan selepas SPR mengadakan mesyuarat mengenai tarikh-tarikh penting pilihan raya berkenaan, Jumaat ini. 

__ 

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sahkan mereka akan bertanding secara solo dalam PRN Negeri Sembilan akan datang. 

__ 

 

Dan, Perhilitan maklumkan seekor harimau Malaya yang muncul di Gua Musang dipercayai hanya melintasi kawasan sebelum kembali ke habitat asalnya. 

Setakat ini juga tiada laporan gangguan diterima dengan pihaknya akan terus memantau keadaan bagi memastikan keselamatan awam.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda