Skip to main content
BERITA| Peluang pekerjaan baharu tangani isu kehilangan pekerjaan diumumkan dalam masa terdekat – PM Anwar

Perdana Menteri bakal mengumumkan perkembangan lanjut berkaitan peluang pekerjaan baharu bagi tangani isu peningkatan kehilangan pekerjaan dalam masa terdekat.

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata antaranya termasuk sektor teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI) yang mempunyai permintaan tinggi. 

 

Terdahulu, Menteri Ekonomi memaklumkan lebih 7,000 pekerja dilapor hilang pekerjaan bulan lalu, meningkat 21 peratus berbanding kira-kira 5,850 orang pada bulan sebelumnya.  

__

 

Polis mengklasifikasikan kematian remaja perempuan di Hulu Selangor semalam, sebagai mati mengejut.

 

Mangsa ditemukan meninggal dunia selepas empat hari hilang ketika turun dari pendakian bersama keluarganya, Sabtu lalu. 

 

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara, awal pagi tadi.

__

 

Dan, seorang rakyat Malaysia yang alami kecederaan serius akibat terjatuh di Gunung Rinjani di Indonesia, berjaya diselamatkan pagi tadi.

 

Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda