Skip to main content
BERITA| PDRM kesan dadah 50 hingga 100 kali lebih kuat daripada morfin dalam vape

Polis kesan penjualan dadah dipercayai 50 hingga 100 kali lebih kuat daripada morfin yang kini dipasarkan secara terbuka melalui penjualan vape! 

 

Menurut PDRM, ia merupakan dadah sintetik yang sangat bahaya, boleh menyebabkan ketagihan serius serta berisiko tinggi akibatkan ‘terlebih dos’ walaupun dalam kuantiti kecil.  

 

Ia terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman melancarkan Op Vape di seluruh negara baru-baru ini membabitkan rampasan RM4.6 juta.  

__ 

 

Lebih 4,700 pekerja dilaporkan hilang kerja bagi tempoh 16 hari pertama bulan ini, berdasarkan data Perkeso. 

 

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, trend berkenaan perlu pemantauan rapi namun ia belum menunjukkan tekanan berskala besar. 

 

Justeru menurut beliau, suku kedua 2026 akan jadi tempoh penting untuk menilai sama ada tekanan kos dihadapi syarikat mula diterjemahkan kepada langkah pengurangan operasi atau pekerjaan. 

__ 

 

Akhir sekali, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan lanjutan gencatan senjata dengan Iran.  

 

Katanya, tentera Amerika Syarikat akan tangguh serangan yang dirancang bagi masa kepada Tehran kemuka cadangan menamatkan perang. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda