Skip to main content
BERITA| PDRM Gesa Masyarakat Guna VSP Salur Maklumat Jenayah

PDRM gesa masyarakat mengoptimumkan aplikasi VSP untuk menyalurkan maklumat jenayah. 

Pihaknya memaklumkan ini termasuk melaporkan insiden tular dengan lebih pantas dan selamat berbanding memuat naik dalam media sosial.

Tambahnya, penggunaan VSP secara meluas membolehkan laporan disalurkan dengan telus dan membantu polis bertindak lebih cepat terhadap isu keselamatan.

.....

Rakyat Malaysia yang berada atau merancang perjalanan ke Pattani, Yala dan Narathiwat diminta meningkatkan tahap kewaspadaan. 

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla berkata rakyat Malaysia disaran mempertimbangkan semula perjalanan yang tidak penting bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan. 

Sebelum ini, Pattani dilaporkan dilanda serangan baharu, hanya 48 jam selepas beberapa siri pengeboman terancang di Selatan Thailand.

.....

FINAS menyokong pendekatan lebih terbuka dalam proses penapisan karya bagi memastikan industri perfileman negara berkembang secara kreatif dan kompetitif.

Pihaknya berkata keterbukaan FINAS dan Lembaga Penapis Filem ini adalah perkembangan positif, termasuk membenarkan filem berklasifikasi PG-18 ditayangkan tanpa potongan.

.....

MetMalaysia memaklumkan 17 kawasan di Perak, Selangor, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak kini mengalami cuaca panas tahap 1 atau berjaga-jaga.

Ini menyaksikan suhu maksimum harian di kawasan terbabit boleh mencecah sehingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

.....

Sementara itu, kira-kira 30 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara pada tahap tidak sihat setakat pagi ini.

.....

Dan kerajaan Selangor mengumumkan Selasa depan sebagai cuti peristiwa sempena kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan SUKMA 2026.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda