Skip to main content
BERITA| Operasi sekatan jalan raya secara meluas kesan pemandu mabuk

 

Polis akan meningkatkan operasi sekatan jalan raya secara meluas khususnya di lokasi dan waktu berisiko tinggi seperti lewat malam bagi mengesan pemandu mabuk.  

 

Menurut Bukit Aman, hampir 60 kes kemalangan maut melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah direkodkan dalam tempoh dua tahun belakangan ini. 

 

Katanya, walaupun peningkatan tersebut tidak terlalu ketara, setiap insiden melibatkan kehilangan nyawa adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan. 

 

Baru-baru ini, seorang penunggang motosikal maut dirempuh pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Klang. 

 

Satu lagi kes berlaku di Kajang menyaksikan 6 cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan dipandu individu mabuk. 

__

 

Tiga daripada lima suspek sudah dirakam percakapan bagi bantu siasatan kes penyebaran maklumat palsu berkaitan kenaikan harga petrol dan diesel di media sosial. 

 

MCMC berkata kes berkenaan memperuntukkan hukuman denda RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

__

 

Menurut MetMalaysia, lapan kawasan melibatkan daerah di Kedah, Kelantan dan Pahang merekodkan cuaca panas tahap 1 atau berjaga-jaga.  

__ 

 

Dan, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam maklumkan sebarang keputusan mengenai pelaksanaan langkah intervensi susulan cuaca kering dan panas akan ditentukan selepas laporan ramalan cuaca dibentangkan kepada Jemaah Menteri, minggu hadapan. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda