Skip to main content
BERITA| Nahas Simpang Renggam: Remaja direman semula untuk siasatan bunuh

Remaja lelaki yang memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga mengorbankan empat sekeluarga di Simpang Renggam, Johor direman semula untuk siasatan kes bunuh. 

  

Mahkamah membenarkan reman terhadap suspek hingga Isnin depan bagi membolehkan polis jalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

  

Terdahulu, suspek dibebaskan dengan jaminan polis setelah direman tiga hari hingga semalam bagi kesalahan memandu melulu dan berbahaya dalam nahas sama. 

__ 

 

MARA tidak akan berkompromi dengan peminjam yang sengaja culas membuat bayaran balik! 

 

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya akan ambil tindakan tegas termasuk bawa isu itu ke mahkamah. 

 

Jelasnya, ia kerana dana yang disalurkan adalah wang amanah rakyat sekaligus meletakkan kewajipan kepada peminjam untuk melunaskannya. 

 

Beliau turut memaklumkan pinjaman tidak berbayar, NPL yang ditanggung MARA cecah lebih 49 peratus bernilai 800 juta ringgit tahun lalu. 

__ 

 

Dan, penglibatan orang awam tidak dibenarkan dalam operasi mencari dan menyelamat pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih di Perak sejak 24 Mei lalu. 

 

Pengerusi Persatuan Malim Gunung Malaysia berkata keputusan itu dibuat susulan faktor keselamatan. 

 

Jelasnya ia memandangkan fokus pencarian adalah trek baharu yang tidak diketahui ramai termasuk dalam kalangan sebahagian anggota malim sendiri. 

 

Susulan itu, operasi SAR membabitkan orang awam yang dijadualkan esok telah dibatalkan.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda