Pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa susulan titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Menteri Besar, Datuk Aminuddin Harun akan kekal jalankan tanggungjawab sehingga isu berkait diselesaikan mengikut lunas undang-undang.
Dalam pada itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan isu berkenaan.
Ia susulan kesemua 14 ADUN UMNO Barisan Nasional Negeri Sembilan sebulat suara menarik sokongan terhadap Menteri Besar dan kerajaan negeri yang dipimpinnya.
__
Ketua Polis Selangor memaklumkan siasatan kes berhubung gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Terdahulu, Ahli Dewan Diraja Selangor mengecam sekeras-kerasnya dan gesa pihak berkaitan jalan siasatan segera.
__
Dan, pemandu warga China yang memandu kereta melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan dengan sebuah kereta di Sungai Petani, Kedah, kelmarin direman empat hari.
Suspek lelaki berusia 50-an itu turut didapati berada di bawah pengaruh alkohol ketika memandu.
Akibat kemalangan itu, suspek yang juga pengarah sebuah syarikat alami luka kecil di muka, manakala pemandu sebuah lagi kereta tidak cedera.