
Kerajaan terus menggandakan usaha bagi memastikan bekalan minyak terus stabil.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut beri jaminan bekalan minyak semasa negara masih mencukupi untuk tempoh hingga Mei.
Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Presiden Iran yang dihubungi semalam kerana sudah mengarahkan supaya kapal tangki Malaysia dibenarkan melalui Selat Hormuz.
__
Penyelarasan sementara had kelayakan subsidi Budi95 disifatkan langkah perlu bagi memastikan negara kekal bertahan susulan konflik di Asia Barat.
Menteri Dalam Negeri berkata ia juga sebagai langkah untuk memastikan bantuan terus dinikmati rakyat tanpa menjejaskan kewangan negara.
Tambah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sekitar 90 peratus pengguna hanya guna kira-kira 100 liter bahan api itu setiap bulan membuktikan majoriti rakyat tidak terkesan dengan penyelarasan berkenaan.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum penyelarasan Budi95 daripada 300 kepada 200 liter sebulan berkuat kuasa 1 April ini.
__
Dan, majikan sektor swasta digalakkan menilai kesesuian pelaksanaan Aturan Kerja Fleksibel termasuk pendekatan bekerja dari rumah.
Kementerian Sumber Manusia berkata ia sebagai langkah menghadapi cabaran krisis tenaga dunia dan ketidaktentuan ekonomi dunia semasa susulan konflik di Asia Barat.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum pelaksanaan bekerja dari rumah secara berperingkat bagi penjawat awam.