Skip to main content
BERITA| Malaysia Tegas Sekat Kemasukan Warga Israel Ke Negara Ini

 

BERITA| Malaysia Tegas Sekat Kemasukan Warga Israel Ke Negara Ini

Malaysia teguh dengan pendirian menyekat kemasukan warganegara Israel ke negara ini.

Tegas Perdana Menteri, pendirian itu berasaskan prinsip mempertahankan hak rakyat dan menentang kezaliman, pencerobohan serta pembunuhan berterusan terhadap rakyat Palestin.

Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, dasar menyekat kemasukan warga Israel ke Malaysia bukan perkara baru serta telah dilaksana sejak puluhan tahun dan AS sedia maklum mengenainya.

Terdahulu, 8 Ahli Kongres Amerika Syarikat menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan tegas Malaysia yang mahu mengusir segera rakyat Israel yang berada di negara ini.

 

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda