
BERITA| Malaysia Sokong Perjanjian Gencatan Senjata AS-Iran
Malaysia sambut baik perjanjian gencatan senjata selama 2 minggu yang dicapai antara Amerika Syarikat dan Iran.
Menurut Kementerian Luar, ia menjadi langkah utama ke arah mengurangkan ketegangan dan memulihkan keamanan serta kestabilan yang amat diperlukan di rantau Asia Barat.
Terdahulu, Iran umum persetujuan rasmi untuk laksanakan gencatan senjata dan membenarkan pembukaan Selat Hormuz sekiranya tiada lagi serangan dilancarkan ke atas negara itu.
Ini selepas Presiden AS Donald Trump bersetuju gantung serangan ketenteraan terhadap Iran selama 2 minggu, tertakluk kepada pembukaan penuh dan selamat Selat Hormuz