
BERITA| Malaysia Indonesia Teliti Kaedah Terbaik Tangani Jerebu
Malaysia dan Indonesia akan teliti kaedah terbaik bagi tangani isu jerebu dan kebakaran hutan di Kalimantan serta Sumatera yang berlarutan hampir 2 bulan.
Jelas Menteri Luar, perbincangan sudah diadakan dengan agensi dan kementerian berkaitan termasuk NADMA, Kementerian Luar Negeri dan pihak berkuasa Indonesia.
Ketika ini, 26 kawasan catat IPU tidak sihat melibatkan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Putrajaya, Pahang, Terengganu, Sabah serta Sarawak.
Sementara itu, NADMA gesa semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mempergiat tindakan menangani jerebu bagi melindungi kesihatan serta keselamatan rakyat, khususnya murid sekolah.
Dalam perkembangan berkaitan, semua institusi pendidikan seliaan KPM di Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, KL dan Pahang beroperasi seperti biasa, esok.
Namun, ada beberapa negeri menetapkan penangguhan aktiviti luar ekoran jerebu.