Malaysia menuntut jaminan keselamatan dan pembebasan segera semua aktivis misi Global Sumud Flotilla yang ditahan Israel ketika dalam pelayaran hantar bantuan ke Gaza.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pimpinan negara-negara sahabat bagi mendesak kesemua aktivis dibebaskan segera.
Setakat ini, lebih 100 aktivis termasuk 24 rakyat Malaysia dilapor ditahan selepas kapal-kapal GSF 2.0 dipintas rejim.
Menurut penganjur konvoi kemanusiaan itu iaitu Gabungan Freedom Flotilla, antara yang ditahan adalah sukarelawan dan aktivis dari Australia, Belgium, Kanada dan Perancis.
__
Lebih 60 peratus tiket ETS terjual menjelang perayaan Aidiladha dan cuti sekolah.
Manakala tiket bagi perkhidmatan ERT bagi tempoh perjalanan dari 22 Mei hingga 7 Jun sudah habis dijual.
KTMB jangkakan baki tiket akan habis dijual tidak lama lagi memandangkan jualan terus meningkat dari semasa ke semasa.
__
Dan, seramai 15 individu direman tiga hari bagi bantu siasatan kes bakar suar di atas sebuah kenderaan di Bukit Bintang, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkata pihaknya mengesan video tular memaparkan kejadian itu dipercayai sebagai aksi gimik promosi jualan kedai pakaian yang beroperasi di Dengkil.