Skip to main content
BERITA| Malaysia Antara Rujukan Utama Dunia Dalam Pengurusan Bencana

 

BERITA| Malaysia Antara Rujukan Utama Dunia Dalam Pengurusan Bencana

Malaysia jadi antara rujukan utama dunia dalam pengurusan bencana.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, ia susulan keberanian Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia, SMART dalam mendepani situasi merbahaya bagi melindungi orang awam.

Tambah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi faktor geografi, iklim dan pengalaman operasi juga menjadikan Malaysia lokasi strategik bagi latihan tindak balas bencana di peringkat global.

Dalam perkembangan lain, operasi Pembenihan Awan di Melaka dan Johor yang dilaksanakan sejak Isnin lalu berjaya hasilkan taburan hujan yang signifikan di beberapa kawasan sasaran.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata keadaan atmosfera yang sesuai juga membantu sepanjang tempoh operasi.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda