Skip to main content
BERITA| LRT3 Laluan Shah Alam percuma sebulan bermula esok – PM Anwar

Orang ramai boleh menikmati tambang percuma bagi perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam selama sebulan bermula hari ini.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia sebagai fasa awal pelaksanaan laluan baru di Lembah Klang.

 

Langkah itu diumumkan sebagai sebahagian usaha kerajaan memperkukuh sistem pengangkutan awam, mengurangkan kesesakan jalan raya dan menurunkan pelepasan karbon di kawasan bandar. 

__

 

MARA beri 24 jam kepada pihak berkaitan bagi menyiasat kes enam pelajar Tingkatan Lima disyaki terbabit dalam insiden buli di sebuah MRSM di Johor.

 

Pengerusinya berkata tindakan tegas perlu diambil segera termasuk dibuang daripada institusi tanpa kompromi.

 

Kesemua pelajar terbabit kini direman bagi bantu siasatan.

__

Dan, pemandu wanita yang langgar penunggang motosikal hingga menyebabkan mangsa maut akibat terjatuh dari jejambat di Lebuhraya SPE Khamis lalu, sudah didakwa di mahkamah.

 

Lesen pemandu terbabit digantung sehingga kes selesai selain mahkamah menetapkan 10 September depan bagi sebutan semula. 

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda