Skip to main content
BERITA| Lembaga Tabung Haji Hampir Lengkapkan 90 Peratus Syor RCI

 

BERITA| Lembaga Tabung Haji Hampir Lengkapkan 90 Peratus Syor RCI

Lembaga Tabung Haji hampir melengkapkan pelaksanaan 90 peratus syor Suruhanjaya Siasatan Diraja, RCI. 

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata ia termasuk langkah memperkukuh tadbir urus, integriti, pengurusan kecairan dan pengurusan risiko institusi berkenaan. 

Jelas beliau, pelaksanaan syor berkenaan merupakan sebahagian daripada proses transformasi dan pembaharuan yang dilaksanakan Tabung Haji sejak 2022 sebaik laporan RCI diterima. 

Dalam pada itu, bekas Pengurus Keselamatan dan Kesihatan sebuah anak syarikat Lembaga Tabung Haji mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL atas 3 tuduhan pecah amanah.   

Ia membabitkan projek cadangan pembangunan kompleks pejabat di Putrajaya antara 2013 hingga 2015.   

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda