
BERITA| Lelaki Didakwa Bunuh Penunggang Motosikal Di Klang
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh hingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Klang, Ahad lalu.
Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah hingga menyebabkan kematian mangsa dibacakan.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki tersebut dalam pada itu mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah.