Skip to main content
BERITA| Langkah Tambahan Untuk Golongan Tersisih Pekerjaan Akan Diumumkan

 

BERITA| Langkah Tambahan Untuk Golongan Tersisih Pekerjaan Akan Diumumkan 

Langkah tambahan untuk bantu golongan yang masih tersisih daripada peluang pekerjaan susulan krisis bekalan global akan diumumkan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri berkata ia termasuk golongan siswazah dan lulusan diploma yang masih buntu mencari pekerjaan.

Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah itu bagi memastikan kemahiran mereka tidak disia-siakan begitu sahaja.

Sementara itu, kerajaan tambah peruntukan jaminan pembiayaan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana, PMKS kepada RM10 bilion. 

Menurut Perdana Menteri, ia bagi memacu pertumbuhan kelompok itu yang memerlukan bantuan ekoran impak krisis tenaga global. 

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda