Skip to main content
BERITA| KTMB sediakan 186 tren tambahan sempena Aidiladha, cuti sekolah

KTMB menyediakan lebih 180 tren tambahan, babitkan Perkhidmatan ETS dan EMU Plus sempena sambutan Aidiladha bermula 22 Mei ini.

 

Ia melibatkan penyediaan kapasiti keseluruhan lebih 58,300 tempat duduk tambahan bagi laluan KL Sentral ke Padang Besar, Butterworth, Ipoh, JB Sentral, serta laluan EMUPlus antara Klang dan Ipoh.

 

Orang ramai boleh dapat tiket mulai hari ini menerusi laman sesawang rasmi KTMB serta kiosk tiket di stesen terpilih.

__

 

Kerajaan beri jaminan bekalan minyak dan diesel negara kini lebih teratur.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sudah ambil beberapa langkah bagi memastikan bekalan bahan api negara mencukupi, termasuk melalui import apabila diperlukan.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status bekalan minyak negara yang sebelum ini dilapor mampu bertahan sekurang-kurangnya sehingga Jun ini. 

__

 

Dan, Perdana Menteri menyifatkan pandangan dizahirkan Sultan Selangor berhubung isu penternakan babi adalah berasas.

 

Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar akui sukar bagi kerajaan untuk menyekat sepenuhnya industri tersebut sekiranya pengusaha mampu memenuhi syarat ketat ditetapkan.

 

Susulan itu, kerajaan telah meneliti perkara itu dan beliau akan menghadap Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda